... SELAMAT DATANG KE BLOG SMU A ALKAUTHAR...TEL: 09-7123170...FAX: 09 7123172...SELAMAT DATANG KE BLOG SMU A ALKAUTHAR...TEL: 09-7123170...FAX: 09 7123172...SELAMAT DATANG KE BLOG SMU A ALKAUTHAR...TEL: 09-7123170...FAX: 09 7123172...

Monday, 31 October 2016

Majlis Restu Ilmu SPM 2016


Alhamdulillah,

Telahpun berjaya Jawatankuasa Kecemerlangan SPM untuk melaksanakan Majlis Restu Ilmu SPM 2016 yang berlangsung pada 30 & 31 Oktober 2016 di Demong Beach Resort, Kuala Besut, Terengganu. Program seperti ini merupakan acara tahunan sebagai simbolik kerestuan barisan pengajar kepada calon-calon SPM yang akan berjuang di medan peperiksaan SPM yang bakal diduduki pada tanggal 7 November sehingga 6 Disember 2016.

Turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga pelajar-pelajar sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah-bahagi demi melihat anak-anak berjaya dalam peperiksaan yang bakal diduduki beberapa hari sahaja lagi.

Kami dari Unit ICT Al Kauthar ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua urusetia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pejuang-pejuang SPM Al Kauthar untuk menduduki Peperiksaan SPM dengan tenang dan jayanya. Selamat berjuang!.

Insya Allah. Kejayaan milik kalian.

Saturday, 22 October 2016

Majlis Penerangan RUU 355 kepada Warga Yayasan Islam Kelantan


Alhamdulillah.

Satu majlis penerangan tentang RUU 355 yang kini kian hangat meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia khususnya telah berjaya dilaksanakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan pada hari Sabtu, 22 Oktober 2016. Program di menampilkan barisan panel yang disertai oleh YB Dato Nasarudin dan YB Dato Dr. Fadzli Hasan bagi memberikan penjelasan tentang hasrat murni Parti Islam Semalaysia untuk mendaulat dan memartabatkan hukum syariah di Malaysia menerusi peranan mahkamah syariah.

Program ini dihadiri oleh warga Yayasan Islam Kelantan yang merupakan penggerak dan pelaksana utama dalam memantapkan sistem pendidikan di negeri Kelantan. Warga Yayasan Islam Kelantan menyatakan sokongan padu dalam memastikan terlaksananya hukum syariah di tanah air ini. Wallahua'lam.