... SELAMAT DATANG KE BLOG SMU A ALKAUTHAR...TEL: 09-7123170...FAX: 09 7123172...SELAMAT DATANG KE BLOG SMU A ALKAUTHAR...TEL: 09-7123170...FAX: 09 7123172...SELAMAT DATANG KE BLOG SMU A ALKAUTHAR...TEL: 09-7123170...FAX: 09 7123172...

Sejarah


Sejarah Sekolah SMU (A) Al – Kauthar


Asal Usul Sekolah

SMU (A) Al – Kauthar dahulunya terkenal dengan nama panggilan SMU (A) Diniah, Peringat, Kota Bharu. Sekolah ini dahulunya terletak di atas sebidang tanah di kampung Padang Mokkan, Peringat. Kini tempat tersebut dijadikan sebagai kilang memproses simen.


Perpindahan Tempat

Pada tahun 1963 sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekarang yang berhampiran dengan jalan besar Pasir Puteh – Kota Bharu dan juga berhampiran dengan pasar peringat.

Pemilikan Tanah
Tanah asal sekolah sekarang ini ialah merupakan sawah bendang (baruh dalam bahasa dialek Kelantan) tempat kerbau mencari makan

Tanah ini adalah merupakan hak milik Tok Penghulu Wan Ismail (meninggal dunia). Wan Ismail adalah merupakan datuk kepada Doktor Ziad yang mempunyai (hospital swasta di belakang masjid, Melor).

Proses Pembinaan
Sekolah ini telah dibina secara bergotong-royong dengan memunggah tanah yang diambil dari telaga yang telah digali untuk menimbus tanah sawah di tepinya untuk membina bangunan sekolah. Ketika itu air di dalam sawah adalah setinggi paras pinggang.

Kerana tempat ini terlalu dalam dengan tanahnya yang merupakan tempat kerbau berkubang, maka setiap kali berlaku kejadian banjir, walaupun tanah ini telah ditimbus, air masih lagi naik sehingga ke paras lutut dan di dalam kelas pula ianya mencecah sehingga ke paras betis pelajar.

Pengetua Atau Mudir Sulung

Pengetua pertama di sekolah ini ialah Ustaz Soud dari kampung Padang Mokkan manakala timbalannya ketika itu ialah Ustaz Rosli Abdul Somad (bekerja di pejabat SUK Negeri Kelantan).

Jumlah Pelajar

Jumlah kesuluruhan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah ini ketika itu ialah  50 hingga ke 60 orang.Punca sekolah ini tidak dapat mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang kampung di sekitar Peringat khususnya ketika itu ialah kerana kampung ini ketika dahulu terkenal dengan pelbagai cerita seperti zina dan judi.

Sehinggalah pada tahun 1975 (lebih kurang), jumlah pelajar mula bertambah sehingga mencecah angka 200 orang lebih. Pengetua sekolah ketika itu ialah Ustaz Hussein Abdul Majid.

Kemudian Ustaz  Ismail Che Ngah mengambil alih tugas sebagai pengetua sehingga diganti oleh Ustaz Mas Sulaiman, Ustaz Aziz, Ustaz Amran dan sehinggalah mudir terakhir kini ialah Ustaz Tuan Haji Othman bin Muhamad. 

Dalam tempoh sejak sekolah di bawah seliaan Ustaz Ismail sehingga Ustaz Mas Sulaiman, sekolah ini pernah menempa sejarah sejarah jumlah pelajar yang menjangkau sehingga 400 orang pelajar.

Tetapi sekarang, sekolah ini sudah berubah wajah, jauh dari wajahnya sebenar, suasana, keadaan, bentuk bangunan dan sebagainya.

Semoga sekolah yang telah diasaskan oleh orang-orang yang bertakwa dan ikhlas jiwa ini akan terus dapat melahirkan rijal-rijal yang akan menjadi imam kepada orang-orang yang bertakwa.



Sumber:

1. Syafi’e bin Hamid (terkenal dengan panggilan Pokteh Pe’ie tukang), lahir pada 1/1/1945, tinggal di kampung Padang Taman, Peringat.  

2. Abdul Kadir (terkenal dengan Pok Su Qodir), di antara pengasas sekolah ini dan pernah terlibat sama dalam menggali telega sekolah pada waktu malam menggunakan cahaya api yang dibakar menggunakan pelepah kelapa.

3. Abdul Alim@Aziz (terkenal dengan Pok Jid atau tok imam), 73 tahun, tinggal di jalan Seterpa, Peringat. 
4. Mok Aji (isteri kepada tok imam Aziz), pelajar sulung sekolah ini.  

No comments:

Post a Comment